Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
17 kematian akibat Covid-19, kes baru bertambah 1,737
Diterbitkan:  Dec 1, 2022 11:05 AM
Dikemaskini: 3:10 AM

Angka kematian akibat jangkitan Covid-19 mencatatkan peningkatan semalam, apabila 17 lagi korban direkodkan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, enam kematian berlaku di luar hospital atau dikategorikan sebagai brought in dead (BID).

Sementara itu, sebanyak 1,737 kes baru Covid-19 direkodkan di seluruh negara.

Berdasarkan data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, kes aktif kini berjumlah 24,960. Bagaimanapun kes aktif kini turun 10.5 peratus berbanding 14 hari lalu.

Kes baru mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor (367)

Kuala Lumpur (193)

Sarawak (166)

Kedah (164)

Melaka (134)

Sabah (125)

Kelantan (123)

Perak (88)

Pulau Pinang (82)

Pahang (80)

Negeri Sembilan (64)

Terengganu (57)

Johor (43)

Labuan (24)

Putrajaya (19)

Perlis (8)

Sejak wabak ini melanda pada Mac 2020, sebanyak 36,684 kematian direkodkan.

Setakat bulan ini, 209 kematian dicatatkan iaitu peningkatan dua kali ganda berbanding 101 kematian pada bulan lalu.

Pada masa ini seramai 1,848 pesakit Covid-19 dirawat di hospital, dengan 94 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi.

Jumlah kemasukan tertinggi ke hospital semalam dicatatkan di Selangor (153) diikuti Sabah (91) dan Perak (66).

Lihat Komen
ADS