Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PH Negeri Sembilan sedia kerjasama dengan BN
Diterbitkan:  Dec 1, 2022 11:17 AM
Dikemaskini: 3:17 AM

Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan terbuka untuk bekerjasama dengan BN semasa pilihan raya negeri (PRN) akan datang, kata pengerusi PH negeri, Aminuddin Harun.

Bagaimanapun, Aminuddin berkata perkata itu akan diputuskan oleh pemimpin utama PH.

"Ia diputuskan oleh pihak pimpinan PH. Kami akur dengan arahan, akan ikut apa juga keputusan yang dibuat oleh pihak pimpinan utama parti.

“Di peringkat negeri, saya tiada masalah, nampaknya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ini juga nampak aman, damai dan ada kerjasama yang baik,” katanya seperti dilapor Utusan Malaysia.

Ketika ini, PH mempunyai 20 kerusi dalam 36 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala selebihnya disandang BN.

Semalam menyaksikan DUN Negeri Sembilan sebulat suara meluluskan belanjawan negeri.

Tempoh DUN Negeri Sembilan akan tamat pada 2 Julai.

Pada pilihan raya 19 Nov, BN memenangi lima kerusi parlimen di Negeri Sembilan manakala PH memenangi tiga kerusi. Perikatan Nasional tidak memenangi sebarang kerusi di negeri itu.

Lihat Komen
ADS