Mesyuarat Dewan Rakyat akan berlangsung dua hari
Diterbitkan: Dec 1, 2022 12:22 PM | Dikemas kini: Dec 1, 2022 1:21 PM
Parlimen ke-15 akan bermula dengan mesyuarat Dewan Rakyat pada 19 Dis dan 20 Dis.
Menurut notis yang dihantar kepada ahli parlimen hari ini, urusan pertama ialah pemilihan speaker Dewan Rakyat.
Proses ini akan menjadi ujian pertama majoriti Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Ini akan diikuti dengan upacara angkat sumpah ahli parlimen dan pemilihan timbalan speaker Dewan Rakyat.
Usul percaya kepada perdana menteri disenaraikan sebagai perkara kelapan dalam agenda itu.
Memandangkan majlis angkat sumpah dijangka berlangsung tidak lebih tiga jam, pembentangan usul percaya berkemungkinan besar akan berlaku pada 19 Nov.
Agenda terakhir ialah rang undang-undang dan urusan kerajaan yang lain.
[Laporan penuh menyusul]
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2020/07/ab252e041671fc142719cb89b33d094f.jpg)
