DAP tidak akan boikot praya kecil, kata Guan Eng

   

DAP tidak memulaukan pilihanraya kecil, kata Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng hari ini.

"Kita tidak akan boikot (pilihanraya kecil), kita bertanding kawasan yang kita tandingi," katanya ketika ditemui Bernama hari ini.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap di Melaka menjadi kosong selepas penyandangnya dari MCA, Datuk Wira Poh Ah Tiam meninggal dunia semalam akibat kegagalan buah pinggangnya berfungsi.

Menurut lapoaran Bernama, Lim dan isterinya Betty Chew Gek Cheng antara yang memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Poh.

Bagaimanapun, katanya, sebarang pengumuman mengenai hasrat DAP bertanding tidak akan dilakukan sehingga selesai majlis pengkebumian Poh Rabu ini.

Dalam pilihanraya umum 2004, Poh menewaskan calon DAP Liou Chen Kuang dengan majoriti 4,562 undi.

Mendiang, yang juga ahli exco kerajaan negeri menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 6 petang tadi di Pantai Hospital di Melaka.

SPR sudah dimaklumkan

Pengerusi MCA Melaka itu merupakan seorang ahli politik veteran dan telah memenangi lima kali pilihanraya berturut-turut sejak 1986.

Mendiang terpilih sebagai Adun Pulau Sebang, dengan menewaskan calon DAP, dalam pilihanraya 1986 dan mengekalkan kerusi tersebut dalam pilihanraya 1990.

Selepas itu, mendiang memenangi kerusi Bukit Sedanan dalam pilihanraya 1995 dan sekali lagi berjaya mengekalkan kerusi tersebut, dengan menewaskan calon Keadilan, dalam pilihanraya 1999.

Manakala dalam pilihanraya umum 2004, Poh menewaskan calon DAP, Liou Chen Kuang dengan majoriti 4,562 undi bagi kerusi Machap.

Poh dilantik sebagai ahli exco negeri sejak 1990 dan jawatan terakhir mendiang ialah sebagai exco perumahan dan kerajaan tempatan Melaka.

Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Wira Mo'min Abdul Aziz telah memaklumkan kematian Poh kepada Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini, untuk memulakan proses awal pilihanraya kecil DUN itu.

Katanya, surat mengenai perkara tersebut akan dikirimkan ke Ibu Pejabat SPR di Putrajaya dan salinannya ke pejabat SPR Melaka petang ini.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In