Keng Yaik arah pemimpin Gerakan henti perang mulut dengan Kayveas
Parti Gerakan, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik telah mengarahkan semua pemimpin parti itu supaya menghentikan perang mulut dengan Presiden Parti Progres Penduduk (PPP), Datuk M Kayveas.
Parti Gerakan, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik telah mengarahkan semua pemimpin parti itu supaya menghentikan perang mulut dengan Presiden Parti Progres Penduduk (PPP), Datuk M Kayveas.
"Saya tidak akan membabitkan diri saya bertikai dengan ahli politik yang keliru ini," kata Lim yang terbabit dengan perang mulut dengan Kayveas sejak presiden PPP itu mencadangkan beberapa bulan lalu, agar PPP dan Gerakan digabungkan.
Sejak itu, pertikaian antara mereka turut membabitkan beberapa perkara seperti siapakah yang patut menjadi pengerusi BN Taiping, siapa akan jadi ahli Parlimen Taiping dan kedua-dua belah sering memulaukan majlis satu sama lain.
Kayveas mencabar Dr Lim meletakkan jawatannya dalam kabinet berhubung penyingkiran Dr Lim daripada MCA pada 1972 dan dakwaannya bahawa PPP akan "tidak akan wujud lagi" dalam lima tahun.
Beliau juga mendakwa Dr Lim mencuba untuk menyertai PPP pada lewat tahun 60-an dan awal 70-an, selepas disingkirkan daripada MCA.
Sementara itu, Bernama melaporkan, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan menemui kedua-dua pemimpin yang berbalah minggu depan untuk mencari penyelesaian.
"Minggu depan ada (sidang) Parlimen dan masa yang baik bagi kita untuk berjumpa antara pemimpin Gerakan...saya akan jumpa dan bercakap dengan Kayveas," katanya.
Ketepikan kepentingan diri
Diminta mengulas lanjut mengenai pertemuan itu, Najib yang juga Timbalan Pengerusi BN bagaimanapun berkata, "Ia terpulang kepada sayalah".
Mengulas perbalahan antaraKayveas dengan Dr Lim, Najib mengulangi gesaan agar perbalahan itu yang bermula dari isu siapa yang harus bertanding di kerusi Parlimen Taiping, dihentikan segera.
Mereka, katanya, perlu mengetepikan kepentingan masing-masing sebaliknya mesti menyokong antara satu sama lain.
"Tidak wajar diteruskan perbalahan ini kerana dasar BN, kita mesti sokong antara satu sama lain tidak kira sesiapa yang bertanding, parti mana yang bertanding dalam mana kawasan, kita mesti menyokong antara satu sama lain," katanya kepada pemberita di Pekan.
Ditanya mengenai tindakan PPP yang meminta Umno Pulau Pinang memboikot Gerakan sebagai tindak balas kepada ketetapan Pemuda Gerakan memboikot semua acara yang dihadiri Kayveas, Najib berkata ia satu tindakan yang tidak boleh diterima.
"Kalau kita kait-kaitkan dengan soal nak boikot, itu adalah satu yang tidak boleh diterima oleh kepimpinan BN," katanya.

