Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
PM nafi arah polis siasat pengkritik, berbeza pendapat dibenarkan
Diterbitkan:  Dec 5, 2022 4:33 PM
Dikemaskini: 10:25 AM

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menafikan dirinya mengarahkan pihak polis supaya menyiasat lawannya.

Katanya, orang ramai dibenarkan untuk mengkritik perdana menteri dan kerajaan, dan dia akan menjawap segala persoalan yang dilontarkan dan bukannya mengarahkan polis untuk menyiasat mereka.

Bercakap pada sidang media di Putrajaya, Anwar berkata siasatan polis sekarang adalah susulan titah mesyuarat khas Majlis Raja-Raja Melayu yang mahukan unsur hasutan berbaur perkauman dan agama dihentikan segera.

“Dia bukan arahan perdana menteri atau kerajaan, Ini ketetapan perlembagaan dan kenyataan tegas oleh Raja-Raja Melayu tentang kewaspadaan terhadap memainkan sentimen perkauman dan sikap pelampau agama.

“Arahan itu adalah daripada Raja-Raja Melayu untuk mematuhi semangat perlembagaan.

“Ini tidak boleh disamakan kritik kepada perdana menteri atau kerajaan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas kabinet Kerajaan di Putrajaya, hari ini.

Sejurus selepas PRU15, Pemimpin PAS telah melancarkan serangan bermotifkan perkauman dan agama terhadap kerajaan selepas PN gagal menawan Putrajaya.

Susulan itu, pada 28 Nov lalu, ketika masih belum dilantik menganggotai kabinet, ketua penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata bahawa perdana menteri telah mengarahkan polis mengambil tindakan terhadap pihak yang membuat fitnah atau mengeluarkan kenyataan keterlaluan sehingga boleh mengancam keharmonian negara.

Ini, katanya, termasuk menetapkan batas kepada elemen-elemen seperti fitnah tuduhan ejen Israel yang disifatkan sebagai keterlaluan.

Titah Raja-Raja Melayu supaya tiada lagi pemimpin yang membangkitkan isu perkauman atau agama dengan tujuan untuk menghasut masyarakat dibuat dua hari sebelum itu iaitu pada 30 Nov.

Sementara itu, Anwar berkata hasutan seumpama itu tidak boleh disamakan dengan tindakan mengkritik perdana menteri atau kerajaan.

“Saya tidak pernah arahkan, malah (saya) beritahu Ketua Polis Negara bahawa kritikan kepada perdana menteri dan kerajaan dalam sistem demokrasi itu diizinkan, seperti mana saya juga akan guna ruang itu untuk menjawab,” katanya,

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS