PN calonkan bekas menteri, tokoh dikenali sebagai calon speaker
Seorang bekas menteri adalah satu daripada dua nama dikemukakan oleh PN kepada parlimen untuk dicalon sebagai speaker serta timbalan speaker Dewan Rakyat kali ini.
Hal itu didedahkan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin di Kota Bharu, Kelantan hari ini.
Menurut Takiyuddin yang dipetik BH Online, seorang lagi calon ialah tokoh yang dikenali. Kedua-dua mereka, kata bekas menteri itu, datang dari PN sendiri.
Semalam adalah hari terakhir untuk mana-mana pihak untuk menyerahkan sebarang pemakluman dan notis mengenai pelantikan speaker dan timbalan speaker Dewan Rakyat.
Malaysiakini melaporkan semalam, ada "beberapa nama" dikemukakan oleh pihak kerajaan bagi menggantikan Azhar Harun sebagai speaker Dewan Rakyat.
Mengikut perlembagaan dia mesti mengosongkan jawatan sebagai speaker sebelum 19 Dis ini. Dewan Rakyat akan bersidang selama dua hari mulai 19 Dis.
Seorang daripada calon yang dicadangkan pihak kerajaan ialah bekas ahli parlimen Sungai Petani, Johari Abdul.
Ia menjadi perhatian ramai kerana sidang berkenaan bakal membahas dan mengundi usul percaya kepada Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/09/8ddc7d066387d0f94447c25a5a525121.jpg)
