Kementerian Kesihatan memaklumkan sebanyak 867 kes baru Covid-19 direkodkan semalam, yang merupakan angka terendah dicatatkan sejak 3 Mei lalu.

Kes aktif kini berjumlah 18,721, turun 32.3 peratus berbanding 14 hari lepas.

Jumlah kes baru Covid-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor (262)

Pulau Pinang (72)

Negeri Sembilan (62)

Kuala Lumpur (62)

Sarawak (61)

Kedah (58)

Melaka (57)

Sabah (56)

Perak (55)

Pahang (30)

Kelantan (27)

Terengganu (27)

Johor (26)

Perlis (6)

Putrajaya (5)

Labuan (1)

Sementara itu sebanyak 10 lagi kematian dilaporkan semalam, di mana dua daripadanya berlaku di luar hospital atau 'brought in dead' (BID).

Sejak wabak ini melanda pada Mac 2020, sebanyak 36,763 kematian direkodkan di seluruh negara.

Sebanyak 79 kematian Covid-19 dilaporkan setakat bulan ini. Pada bulan lalu, sebanyak 209 kematian dicatatkan berbanding 101 kematian pada bulan sebelumnya.

Pada masa ini seramai 1,235 pesakit Covid-19 dimasukkan ke hospital dengan 78 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi.

Jumlah kemasukan tertinggi ke hospital semalam dicatatkan di Selangor (77) diikuti Sabah (65) dan Kedah (28).