809 kes baru Covid-19, enam kematian
Kementerian Kesihatan merekodkan sebanyak 809 kes baru Covid-19 di seluruh negara semalam, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,972,966 kes.
Kes aktif kini berjumlah 17,972, turun 32.4 peratus berbanding 14 hari lalu.
Jumlah kes baru Covid-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:
Selangor (275)
Sarawak (71)
Kedah (67)
Kuala Lumpur (59)
Pulau Pinang (55)
Sabah (49)
Perak (39)
Melaka (36)
Negeri Sembilan (35)
Johor (30)
Kelantan (26)
Terengganu (19)
Putrajaya (18)
Pahang (16)
Perlis (11)
Labuan (3)
Enam lagi kematian dilaporkan semalam, dengan dua daripadanya berlaku di luar fasiliti hospital atau brought in dead (BID).
Sejak wabak ini melanda pada Mac 2020, sebanyak 36,769 kematian telah direkodkan di seluruh negara.
Sebanyak 89 kematian Covid-19 dilaporkan setakat bulan ini. Pada bulan lalu sebanyak 209 kematian dilaporkan berbanding 101 kematian pada bulan sebelumnya.
Pada masa ini seramai 1,128 pesakit Covid-19 dirawat di hospital dengan 72 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi.
Jumlah kemasukan tertinggi ke hospital semalam dicatatkan di Selangor (63) diikuti Sabah (56) dan Johor (38).
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/04/0c5f1a680b298f0623875cb22a36fd05.jpg)
