PBM tiada sebarang kaitan dengan NGO Muafakat Nasional - Sng
Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) Larry Sng berkata partinya PBM tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Muafakat Nasional yang diterajui oleh Annuar Musa.
Dia berkata demikian ketika mengulas tindakan Zuraida Kamaruddin yang dilantik sebagai presiden PBM menyertai NGO itu semalam.
Sambil menegaskan bahawa PBM tidak mempunyai kaitan dengan Muafakat Nasional, Sng berkata bekas ahli Parlimen Ampang itu cuma menggunakan Muafakat Nasional sebagai batu loncatan untuk cita-cita dan masa depan politiknya.

“Ini merupakan satu langkah baik untuknya kerana beliau mempunyai banyak masa sekarang, lebih-lebih lagi beliau tidak memegang sebarang jawatan kanan dalam PBM mahupun dalam kerajaan.
“Saya juga melihat Zuraida dan penyokongnya akan menggunakan Muafakat Nasional sebagai batu loncatan untuk cita-cita politiknya.
“Apa-apa pun, saya mendoakan beliau baik-baik saja,” katanya yang dipetik FMT.
Muafakat Nasional ialah pertubuhan kebajikan yang didaftarkan secara rasmi dan tidak seharusnya dikelirukan dengan pakatan politik Muafakat Nasional yang diwujudkan oleh Umno dan PAS pada 2019.

Annuar, bekas ketua Umno Bahagian Ketereh, mula menarik orang ramai menyertai kumpulan itu sejurus selepas dia disingkirkan daripada partinya.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/12/0dd9b4585a991b97affbdb5e42c176cd.jpg)
