COVID-19 | Lagi 721 kes baru, kematian bertambah 2
Sebanyak 721 kes baru Covid-19 dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan wabak tersebut di negara ini menjadi 5,018,584.
Jumlah kes aktif pula ialah sebanyak 15,541, turun 28.6 peratus jika dibandingkan dengan 14 hari lalu.
Jumlah kes baru berdasarkan negeri:
Selangor: 297
Kuala Lumpur: 72
Pulau Pinang: 48
Sarawak: 46
Kedah: 43
Melaka: 39
Negeri Sembilan: 31
Perak: 30
Pahang: 26
Johor: 21
Putrajaya: 21
Kelantan: 18
Sabah: 16
Terengganu: 9
Perlis: 4
Labuan: 0
Sementara itu kematian akibat Covid-19 meningkat dua lagi semalam masing-masing satu di Johor dan Selangor. Ia menjadikan jumlah keseluruhan korban setakat ini 36,808 orang.
Sejak minggu lepas, purata 5.6 orang dilaporkan meninggal dunia, sementara purata untuk 30 hari pula sebanyak 7.2, yang menunjukkan penurunan.
Dalam perkembangan sama sebanyak 685 pesakit Covid-19 sedang menerima rawatan di hospital, dengan 44 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2021/06/b32737da47e79c9e89431c367b4448bf.jpg)
