Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Warga emas didakwa lakukan amang seksual dalam van sekolah

Seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual dan dalam persediaan menghasilkan pornografi kanak-kanak, tiga tahun lepas.

Goh Heng Hong, 67, yang bekerja sebagai kelindan van sekolah, didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di dalam sebuah van sekolah sekitar Mac hingga Julai 2019.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 7 dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan maksimum penjara 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Hakim Ahmad Kamal Arifin Ismail menetapkan jaminan RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin.

Goh juga perlu melaporkan diri sebulan sekali di balai polis, selain menyerahkan pasport serta tidak mengganggu mangsa dan keluarganya hingga kes selesai.

Kes akan disebut semula 25 Januari tahun depan untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS