PKR beri laluan kepada DAP di Machap
Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan meletakkan calonnya dalam pilihanraya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap di Melaka pada 12 April ini.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan meletakkan calonnya dalam pilihanraya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap di Melaka pada 12 April ini.
Keputusan itu membuka jalan kepada DAP untuk bertanding satu lawan satu dengan calon Barisan Nasional dari MCA.
Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat biro politik PKR yang dipengerusikan oleh Presidennya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail malam tadi.
Parti itu dijangka membuat kenyataan rasmi mengenainya hari ini.
Kerusi Machap menjadi kosong ekoran kematian Datuk Poh Ah Tiam, 55, Khamis lalu. Mendiang juga adalah ahli exco kerajaan negeri dan pengerusi MCA Melaka.
Semalam, Suruhanjaya Pilihanraya mengumumkan penamaan calon akan diadakan pada 3 April manakala pengundian pada 12 April depan. Berita asal

