Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anwar luang masa nikmati 'sup meletup' di Cheras

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa menikmati makan tengah hari bersama pengunjung di gerai Sup Meletup yang beroperasi di Medan Selera Bandar Sri Permaisuri, Cheras di Kuala Lumpur.

Beliau yang disambut pemilik gerai Sup Meletup itu Zolkhoari Abdul Aziz ketika tiba pada kira-kira 1.05 tengah hari, meluangkan masa kira-kira 15 minit menjamu selera sambil menyantuni pengunjung yang ingin merakam gambar kenang-kenangan.

Anwar dilihat cukup berselera menikmati hidangan bihun sup panas iaitu satu daripada menu popular di gerai itu selain sata.

Usai makan tengah hari, Anwar bergerak ke Masjid Saidina Othman Ibn Affan, Bandar Tun Razak untuk menunaikan solat Jumaat.

- Bernama



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS