Esei Foto | Tragedi Batang Kali - 9 hari misi mencari dan menyelamat
Mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di kawasan perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jay berjaya ditemui pada hari kesembilan operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Mayat kanak-kanak berusia 11 tahun itu yang sempurna tubuh badan itu ditemukan hampir mereput dalam 'sleeping bag' oleh anggota pasukan SAR.
Sekali gus, seramai 31 daripada 92 mangsa terkorban dalam tragedi yang menggemparkan negara pada awal pagi 16 Disember lalu.
Anjing Unit Pengesan (K9) turut menjadi tunjang utama dalam misi mencari dan menyelamat mangsa yang tertimbus.
Lebih 250 anggota penyelamat daripada pelbagai agensi mengerah tenaga biarpun cuaca tidak menentu sepanjang operasi ini.
Turut terlibat antaranya Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).








9. Unit Anjing Pengesan (K9) bersiap sedia sebelum memasuki kawasan kejadian.








Lapor komen ini
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/12/8359ebafcc1fc95783ba6c4e04fdb496.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.