Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Menteri tawar kerjasama penuh jika isu jual Menara KL disiasat
Diterbitkan:  Dec 27, 2022 5:00 PM
Dikemaskini: 9:02 AM

Menteri Komunikasi Dan Digital Fahmi Fadzil memandang serius berhubung isu penjualan saham Telekom Malaysia (TM) dalam Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB).

“KKD memantau rapat isu ini dan bersedia untuk memberi kerjasama penuh sekiranya pihak berkuasa melakukan sebarang siasatan berhubung isu ini,” katanya.

Terdahulu, pendahulu Fahmi, Annuar Musa memberitahu Malaysiakini bahawa kementerian tidak terlibat dalam keputusan TM menjual anak syarikat yang menguruskan Menara Kuala Lumpur.

Menteri dalam kabinet Ismail Sabri Yaakob itu berkata penjualan itu melibatkan syarikat tersenarai awam, bukan kerajaan.

Annuar Musa

TM dikatakan menjual 10 juta sahamnya kepada syarikat yang kurang dikenali Hydroshoppe Sdn Bhd, tindakan yang menimbulkan tanda tanya memandangkan MKLSB adalah syarikat yang amat menguntungkan.

Dalam kenyataan sebentar tadi, Fahmi berkata dia telah menerima taklimat terperinci berkaitan konsesi pengurusan Menara KL daripada Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) pada 14 Disember. 

Dia juga, katanya, akan menerima taklimat menyeluruh berhubung perkara itu daripada TM pada 3 Januari.

“Saya difahamkan bahawa konsesi pengurusan Menara KL kini dalam tempoh interimketiga sehingga 31 Disember 2022 oleh Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd,” katanya.

Malaysiakini sudah menghubungi unit media TM dan sedang menunggu maklum balas mereka.

Lihat Komen
ADS