Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Belanjawan 2023 dibentang pada 24 Feb
Diterbitkan:  Dec 28, 2022 6:08 PM
Dikemaskini: 10:08 AM

Kerajaan dijadualkan membentangan belanjawan persekutuan bagi tahun 2023 pada 24 Feb tahun depan.

Pembentangan itu akan didahului dengan titah ucapan diraja sempena mesyuarat pertama Dewan Rakyat Parlimen ke-15 pada 13 Feb.

Ahli parlimen seterusnya akan membahaskan usul terima kasih selama tujuh hari sebelum Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2023.

Perbahasan Belanjawan 2023 akan berlangsung selama 18 hari. Dua hari terakhir - 29 Mac dan 30 Mac - dijadualkan untuk rang undang-undang kerajaan yang lain.

Awal tahun ini, pentadbiran Ismail Sabri Yaakob telah menjadualkan 28 hari untuk perbahasan Belanjawan 2023.

Bagaimanapun, Parlimen telah dibubarkan sebelum perbahasan berlangsung.

Selepas Anwar mengambil alih kerajaan, Dewan Rakyat meluluskan "belanjawan mini" pada 19 Dis untuk memastikan kelulusan parlimen bagi emolumen perkhidmatan awam akan dibayar pada 1 Jan 2023.

Dewan Rakyat akan bersidang semula bermula 12 Jun dan akan berlangsung sehingga 27 Jun.

Mesyuarat ketiga dan terakhir akan bermula pada 9 Oktober dan berakhir pada 30 Nov.

Pembentangan Belanjawan 2024 pula dijadual berlangsung pada 19 Nov tahun depan.

Secara keseluruhannya, Dewan Rakyat dijadual bermesyuarat selama 71 hari, berbanding 68 hari ketika sebelum pandemik 2019.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS