Sebanyak 367 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,031,443.

Jumlah kes aktif pula adalah sebanyak 11,372, turun 10.3 peratus berbanding dengan 14 hari lalu.

Jumlah kes baru berdasarkan negeri adalah seperti berikut:

  • Selangor (106)

  • Kuala Lumpur (63)

  • Melaka (39)

  • Sarawak (34)

  • Kedah (17)

  • Pulau Pinang (16)

  • Johor (15)

  • Negeri Sembilan (12)

  • Sabah (12)

  • Kelantan (11)

  • Pahang (10)

  • Perak (10)

  • Putrajaya (10)

  • Terengganu (8)

  • Labuan (3)

  • Perlis (1)

Sebanyak sembilan lagi kematian dilaporkan, semalam.

Sejak wabak itu melanda pada Mac 2020, sebanyak 36,901 kematian akibat Covid-19 direkodkan.

Selangor mencatatkan empat kematian dan diikuti masing-masing dua mangsa di Melaka (dan Kuala Lumpur manakala seorang lagi di Johor.

Sebanyak 502 pesakit Covid-19 sedang menerima rawatan di hospital dengan 24 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi.