383 kes baru Covid-19, empat lagi kematian
Sebanyak 383 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,031,826.
Menurut data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM), kes aktif kini berjumlah 11,126, turun 9.7 peratus berbanding 14 hari lalu.
Bilangan kes baru Covid-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:
Selangor (141)
Kuala Lumpur (58)
Sarawak (31)
Melaka (28)
Pulau Pinang (27)
Kedah (17)
Negeri Sembilan (14)
Perak (13)
Johor (11)
Kelantan (11)
Terengganu (10)
Putrajaya (8)
Sabah (6)
Labuan (4)
Pahang (2)
Perlis (2)
Empat lagi kematian dilaporkan semalam, dengan dua daripadanya berlaku di luar hospital atau brought in dead (BID).
Sejak wabak ini melanda pada Mac 2020, sebanyak 36,905 kematian direkodkan di seluruh negara.
Seramai 495 pesakit Covid-19 kini dirawat di hospital, dengan 20 daripadanya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).
Jumlah kemasukan tertinggi ke hospital semalam dicatatkan di Selangor (48), diikuti Sabah (44) dan Johor (16).
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2021/09/334413e04b66b4cd6bb685af41e16e16.jpg)
