GLOBAL | Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern mengumumkan dia akan meletak jawatan menjelang 7 Feb, lapor agensi akhbar Jerman, dpa.

Jacinda membuat pengumuman mengejut itu semasa sidang media pertamanya bagi 2023 pada hari ini.

"Kami memberikan semuanya selagi kami mampu. Dan bagi saya, sudah tiba masanya (meletak jawatan)," katanya.

Peletakan jawatan Jacinda bagaimanapun berkuat kuasa selepas pelantikan perdana menteri baru.

Undian kaukus untuk memilih pemimpin baharu Parti Buruh akan berlangsung pada Sabtu.

Jacinda dilantik sebagai perdana menteri pada 2017 ketika dua berusia 37 tahun dan merupakan wanita termuda di dunia yang memimpin kerajaan.

Dia juga mengumumkan pemilihan tahun ini akan diadakan pada 14 Okt.

- Bernama