Pemimpin Msia sangat takut dengan Spura, kata Dr M
Pemimpin Malaysia sangat takut kepada Singapura hingga menurut apa sahaja kehendak pemimpin republik tersebut sehingga merugikan negara sendiri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pemimpin Malaysia sangat takut kepada Singapura hingga menurut apa sahaja kehendak pemimpin republik tersebut sehingga merugikan negara sendiri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Perdana Menteri berkata, Jambatan Bengkok umpamanya tidak boleh dibina kerana kononnya tidak mendapat kebenaran dari pemimpin negara itu.
"Nak
bina jambatan di wilayah sendiri pun tidak berani," katanya ketika berucap di
majlis forum rakyat kepimpinan Melayu di era globalisai anjuran Umno cawangan
Kulai Besar semalam.
Dr Mahathir berucap selama kira-kira dua jam mulai jam 5 petang dan mendapat tepukan gemuruh dari kira-kira 500 yang hadir.
Dengan sinis bekas Perdana Menteri berkata: "Oh kita kena berbaik dengan Singapura...Singapura cukup besar."
Beliau berkata, Malaysia tidak perlu takut kepada Singapura kerana menurutnya kalau perlu ke Mahkamah Antarabangsa, Malaysia perlu pergi.
Dr Mahathir berkata, pemimpin Malaysia bermain golf dengan pemimpin Singapura sambil tepuk-tepuk belakang.
'Rumah di Australia'
"Besar sangatkah bermain golf, saya memang tidak bermain golf," katanya.
Beliau
berkata, Malaysia belum merdeka lagi jika begitu takut kepada Singapura.
Dalam ucapannya itu, Dr Mahathir berkata, ada pemimpin negara yang membina rumah bernilain RM60 juta di Australia.
"Dulu zaman saya jadi Perdana Menteri, dia tidak kaya tetapi kini sudah kaya. Buat apa bina rumah di sana.
"Sikit-sikit Perth, sampai kedai nasi Kandar pun ada di Perth," katanya.
Dr Mahathir juga memberitahu beliau tidak lagi membaca akhbar New Straits Times (NST) tetapi membaca the Star .
"Saya baca the Star , surat khabar MCA. Edaran dia dua kali lebih banyak dari NST," katanya.

