Jumlah penularan wabak Covid-19 dilaporkan semakin menurun. Hanya sebanyak 132k es dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,035,205.

Jumlah kes aktif pula adalah sebanyak 9,783, turun 2.1 peratus berbanding dengan 14 hari lalu.

Jumlah kes baru itu berdasarkan negeri adalah seperti berikut:

  • Selangor (33)

  • Kuala Lumpur (21)

  • Melaka (13)

  • Sarawak (13)

  • Negeri Sembilan (10)

  • Kedah (7)

  • Sabah (7)

  • Pulau Pinang (6)

  • Johor (5)

  • Putrajaya (5)

  • Kelantan (4)

  • Perak (4)

  • Perlis (2)

  • Pahang (1)

  • Terengganu (1)

  • Labuan (0)

Sebanyak 1 lagi kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan, semalam di Selangor.

Sejak wabak itu melanda pada Mac 2020, sebanyak 36,933 kematian akibat Covid-19 direkodkan.

Sebanyak 370 pesakit Covid-19 sedang menerima rawatan di hospital dengan 11 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi.