Remaja autisme 16 tahun antara mangsa ‘scam’ kerja yang diselamatkan
Kerajaan Malaysia menyelamatkan lima rakyat Malaysia yang terkandas di Kemboja akibat menjadi mangsa penipuan peluang pekerjaan.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abdul Jalil Hassan, antara mereka termasuk seorang remaja autisme berumur 16 tahun dari Sarawak.
Dia berkata demikian ketika menyambut lima mangsa yang terkandas antara enam bulan hingga dua tahun di lapangan terbang KLIA di Sepang.
Abdul Jalil berkata setakat semalam, polis menerima 262 laporan melibatkan 220 rakyat Malaysia yang terkandas di negara asing, termasuk Kemboja, Laos and Myanmar.
Menegaskan mereka melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan mangsa, Abdul Jalil menggesa anggota keluarga memberikan butiran terperinci mangsa kepada polis dan Kementerian Luar.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/01/e4e5ead2383938ae50632ddc193e47cf.jpg)
