Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Daerah Kuantan mula dilanda banjir
Diterbitkan:  Feb 6, 2023 3:22 PM
Dikemaskini: 7:22 AM

Hujan lebat berterusan sejak malam tadi menyaksikan daerah Kuantan di Pahang mula dilanda banjir.

Menurut sekretariat jawatankuasa pengurusan bencana daerah Kuantan, sebanyak enam pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi di daerah ini sehingga jam 1 petang tadi.

PPS Dewan Dato Manan dekat Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan menempatkan jumlah penduduk terjejas banjir paling ramai dengan 140 ketua isi rumah (KIR) membabitkan 560 mangsa.

Dewan Wisma Belia Indera Mahkota pula menempatkan 92 KIR dengan 300 mangsa.

Lain-lain PPS ialah Dewan Orang Ramai Sri Damai (12 KIR dengan 57 mangsa), Dewan Orang Ramai Jaya Gading (11 KIR dengan 30 mangsa), Dewan Orang Ramai Sri Mahkota (32 KIR dengan 143 mangsa) dan Dewan Orang Ramai Taman Tas yang menempatkan 55 KIR dengan 220 mangsa.

Sementara itu, ahli dewan undangan negeri (Adun) Sungai Lembing, Ayub Ashri ketika dihubungi memaklumkan pekan Sungai Lembing mulai dinaiki air banjir kira-kira jam 4.30 pagi tadi.

"Setakat ini air sungai dan berlaku banjir di kawasan pekan Sungai Lembing sahaja, belum ada PPS dibuka di sini.

"Namun pasukan polis marin dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sudah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan berikutan keadaan cuaca tidak menentu sejak malam tadi," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS