‘Kerajaan perlu peruntuk perbelanjaan lebih besar kepada KKM’
Kerajaan perlu memperuntukkan perbelanjaan lebih besar kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bajet 2023, kata Timbalan Bendahari Agung MCA, Lawrence Low.
Gesaan itu dibuat susulan masalah melibatkan petugas barisan hadapan seperti sistem tidak cekap, tekanan dan bebanan kerja, gaji tidak setimpal, dan kekurangan kakitangan di tempat-tempat kritikal.
“Sistem negara bakal berdepan krisis seandainya kakitangan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tekad untuk meninggalkan kerjaya mereka akibat tekanan yang mereka hadapi pada ketika ini.
“Justeru itu, kerajaan perlu melakukan sesuatu untuk menambah baik sistem sedia ada bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku di kemudian hari,” katanya.
Pada 3 Februari lalu, tinjauan laman web kesihatan CodeBlue mendapati seramai 62 peratus kakitangan tetap KKM berkira-kira untuk berhenti kerja kerana kecewa dengan sistem kesihatan awam negara.
Sementara itu, dalam kenyataan hari ini, Low berkata kerajaan seperti sengaja berlengah bagi menangani isu itu.
“Adakah setelah keadaan menjadi tidak terkawal baru kerajaan mahu bertindak?
“Bagi saya, mencegah lebih baik daripada mengubati,” kata Low.
Perdana menteri yang juga menteri kewangan Anwar Ibrahim akan membentangkan Belankawatan 2023 yang disemak semula di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023.
Sebelum ini kerajaan baru hanya membentangkan mini belanjawan bagi membolehkan perbelanjaan perkhidmatan dan pembayaran gaji gaji dibuat.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2019/07/8f1e82f4521c0f82dbf13b9f4dcab11c.jpg)
