Hussein dilantik ketua polis baru Selangor
Diterbitkan: Feb 9, 2023 9:09 PM
Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan dilantik sebagai Ketua Polis Selangor yang baru.
Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Saaduddin dalam kenyataan hari ini berkata Hussien dilantik ke jawatan itu berkuat kuasa 13 Mac depan dengan memangku pangkat sebagai Komisioner Polis (CP).
Sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S Sasikala Devi dilantik sebagai pemangku Ketua Polis Selangor selepas Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed bersara wajib pada 2 Jan lepas.
Arjunaidi telah berkhidmat selama 35 tahun dalam PDRM dan pernah bertugas di tujuh Kontinjen Polis iaitu Kedah, Perlis, Kelantan, Kuala Lumpur, Perak, Bukit Aman dan Selangor.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/09/968a9ecda9e5dbc8b64c552848fe5d59.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.