Kanak-kanak 8 tahun ditemukan lemas, seorang masih hilang
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan lemas manakala seorang lagi masih hilang dipercayai hanyut dalam longkang di Jalan Ukay Perdana, Ampang, di Kuala Lumpur, hari ini.
Mangsa yang lemas dikenali sebagai Wan Muhammad Ammar Wan Mohd Noor Hafizan berusia lapan tahun sementara yang masih hilang ialah Muhammad Riqullah Mohd Shafie, 10.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada 4.44 petang dan tiba di lokasi pada 5.08 petang tadi.
Dia berkata kanak-kanak berkenaan dipercayai dihanyutkan air di dalam longkang dianggarkan sedalam 1.22 meter.
“Ketika ini bomba sedang meneruskan operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa yang masih hilang,” katanya ketika dihubungi hari ini.
-Bernama
/file/1027/091b21a5fcd4d47e51eddb9884f96de9.jpg)
