SPR: Tiada PRK DUN Batang Kali
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Indera Ikmalrudin Ishak, dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan suruhanjaya itu menerima notis mengenai kekosongan jawatan daripada Speaker Selangor Ng Suee Lim pada 21 Feb.
“Berdasarkan Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Bab 5 Perkara LXX (5), Speaker Dewan Negeri telah memaklumkan kepada SPR bahawa tiada keperluan untuk mengisi kekosongan luar jangka tersebut.
“Selaras dengan itu, tiada PRK akan diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi DUN Batang Kali di Selangor,” kata kenyataan ringkas itu.
Minggu lalu, Ng mengisytiharkan kerusi DUN Batang Kali kosong, berikutan ketidakhadiran penyandangnya Harumaini Omar dalam dewan selama lebih enam bulan tanpa kebenaran.
Harumaini kemudiannya membantah keputusan itu dan menggesa Ng untuk membatalkan pengisytiharannya.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2019/11/41a57050f675200ebc58f318e4c8d68f.jpg)
