Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Malaysia Madani ganti Dasar Kemakmuran Bersama 2030
Diterbitkan:  Feb 24, 2023 12:50 PM
Dikemaskini: 4:50 AM

PARLIMEN l Slogan Malaysia Madani yang digunakan oleh kerajaan sekarang akan menggantikan Dasar Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang diperkenalkan oleh pentadbiran Pakatan Harapan (PH) semasa diterajui Dr Mahathir Mohamad, empat tahun lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Armizan Mohd Ali, berkata ini kerana Malaysia Madani adalah panduan dan ikhtiar secara bersepadu dan holistik sebagai dasar pentadbiran yang lebih manusiawi.

“Pada asasnya, kerangka Malaysia Madani dibina berdasarkan analisis tematik manifesto setiap parti gabungan Kerajaan Perpaduan sewaktu program pemukiman anggota Jemaah Menteri yang berlangsung 15 Januari lalu.

Armizan Mohd Ali

"Malaysia Madani bertunjangkan sikap saling menghormati, meraikan kepelbagaian dan menjadi medan dialog peradaban.

"Matlamat Malaysia Madani adalah menjadi sebuah negara bangsa Malaysia Madani yang tertegak berteraskan prinsip kelestarian, ihsan, hormat menghormati, berinovasi, kesejahteraan dan kepercayaan menuju Malaysia baharu yang megah di persada dunia," katanya dalam jawapan bertulis di parlimen.

Armizan menambah bahawa kerangka Malaysia Madani akan dilancarkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, dalam masa terdekat.

Malaysia Madani dilancarakan bulan lalu untuk mengantikan slogam ‘Keluarga Malaysia’ semasa pentadbiran Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS