mk-logo
Berita
Kanak-kanak dikhuatiri lemas selepas hilang di sungai
Diterbitkan:  Mar 2, 2023 9:02 AM
Dikemaskini: 1:02 AM

Seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang di Sungai Pasir, Kampung Seri Makmur di Chini, Pekan, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan Wan Samsul Effendi Wan Mahmud menerusi kenyataan hari ini berkata mangsa, Muhammad Hafizhan Abd Zaib, 10, dipercayai hilang pada 2.50 petang.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat yang bermula petang semalam turut disertai Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Pekan selain dibantu orang awam melibatkan kawasan sejauh 200 meter dari lokasi mangsa dipercayai hilang.

Katanya operasi bersambung pagi ini, selepas ditangguhkan pada 11 malam tadi ekoran keadaan cuaca dan persekitaran yang gelap.

- Bernama

Lihat Komen
ADS