PKR minta 15 kerusi DUN, 6 Parlimen di Ktan
Parti Keadilan Rakyat Malaysia (PKR) hari ini memohon kerjasama PAS Kelantan untukdiperuntukkan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan enam kerusi Parlimen untuk ditandinginya dalam pilihanraya umum akan datang.
Parti Keadilan Rakyat Malaysia (PKR) hari ini memohon kerjasama PAS Kelantan untukdiperuntukkan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan enam kerusi Parlimen untuk ditandinginya dalam pilihanraya umum akan datang.
Sejak dua penggal lalu, PKR menduduki dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiga kerusi Parlimen di Kelantan.
Pengarah Piliharaya PKR Kelantan, Abdul Hamid Ahmad berkata, pihaknya mempunyai banyak sebab untuk menuntut kerusi lebih memandangkan prestasi PAS dalam pilihanraya umum lalu, juga bergantung kepada Keadilan.
"Jadi kita cadangkan permintaan ini kepada PAS untuk mendapat pertimbangan sebanyak 15 kerusi DUN dan enam kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum nanti," katanya kepada pemberita di Kota Bharu.
Menurut Abdul Hamid yang juga Ketua Keadilan Bahagian Pengkalan Chepa, antara faktor yang mendorong PKR membuat permohonan tambahan ialah kekuatannya yang meningkat.
'Perlu ada parti ketiga'
Tanpa menyebut jumlah ahli PKR di Kelantan dan jumlah cawangannya, Abdul Hamid berkata, PAS tidak boleh bersendirian untuk terus memerintah Kelantan.
Perlu ada parti ketiga untuk menyokong PAS, katanya dalam laporan Bernama.
"Sejarah telah menunjukkan setiap pilihanraya perlu ada parti ketiga yang bertanding di negeri ini sebelum sesebuah parti itu mencapai kemenangan besar," katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata kehadiran Keadilan di Kelantan memberi kekuatan kepada PAS untuk mencapai kemenangan yang lebih baik berbanding pilihanraya umum 2004.
Menurut Abdul Hamid, sepatutnya Keadilan meminta 25 kerusi DUN di Kelantan tetapi atas sifat kerjasama dan persefahaman, cukup dengan 15.
PAS mengatasi Barisan Nasional dengan kelebihan satu kerusi di peringkat dewan negeri. PAS meraih 23 kerusi, BN 22.

