Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Di usia 92 tahun, Rupert Murdoch mahu kahwin kali kelima
Diterbitkan:  Mar 21, 2023 3:54 PM
Dikemaskini: 7:54 AM

Taikun media antarabangsa Rupert Murdoch mengumumkan pertunangan dengan pasangannya Ann Lesley Smith, seorang bekas paderi polis.

Murdoch, 92, dan Smith, 66 bertemu kali pertama pada September dalam sebuah acara di California.

Ahli perniagaan itu dilapor memberitahu New York Post, salah satu media miliknya:

“Saya memang takut untuk jatuh cinta lagi – tapi saya tahu ini akan jadi yang terakhir buat saya. Harap-harap begitulah. Saya gembira.”

Murdoch berpisah dengan isterinya Jerry Hall tahun lepas.

Murdoch juga pernah berkahwin dengan pekerja penerbangan Australia Patricia Booker, wartawan Scotland  Anna Mann dan usahawan asal China Wendi Deng.

Smith sebelum ini pernah berkahwin dengan Chester Smith, penyanyi lagu country dan eksekutif di sebuah syarikat TV.

Murdoch, yang mempunyai enam anak daripada tiga perkahwinan pertamanya berkata berharap untuk menghabiskan saki baki hidup bersama-sama.

Perkahwinan mereka akan berlangsung pada hujung musim sejuk ini.

Mereka dijangka menetap di beberapa tempat antara California, Montana, New York dan UK.

Lihat Komen
ADS