Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PM ucap selamat Hari Polis ke-216
Diterbitkan:  Mar 25, 2023 11:47 AM
Dikemaskini: 3:47 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan selamat menyambut Hari Polis ke-216, kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau turut menzahirkan penghargaan buat semua warga PDRM atas jasa dan khidmat bakti yang diberikan kepada rakyat dan negara.

“Pengorbanan warga PDRM dalam menjaga dan memelihara kemanan negara akan sentiasa dikenang buat selamanya,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau.

Hari Polis disambut pada setiap 25 Mac, dengan tema tahun ini ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.’

- Bernama

Lihat Komen
ADS