Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
LLM, syarikat konsesi kerjasama laksana sistem bayaran tol terbuka
Diterbitkan:  Mar 29, 2023 10:19 AM
Dikemaskini: 2:28 AM

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) akan bekerjasama dengan syarikat-syarikat konsesi lebuh raya untuk melancarkan pelaksanaan sistem pembayaran tol secara terbuka.

LLM dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelaksanaan itu akan mengambil kira keseluruhan persekitaran sistem tol sedia ada.

“Pelaksanaan sistem pembayaran tol secara terbuka ini juga adalah inisiatif awal bagi peralihan ke arah sistem Multi Lane Fast Flow (MLFF) yang giat diusahakan ketika ini.

“Ini merupakan langkah yang tepat dalam usaha kerajaan memberi pilihan serta kemudahan kepada pengguna bagi tujuan pembayaran tol di lebuh raya,” menurut kenyataan itu.

LLM turut berharap pengguna lebuh raya memberikan komitmen dan sokongan berterusan untuk penambahbaikan pengoperasian lebuh raya bertol dan sentiasa mengalu-alukan pandangan daripada mereka.

- Bernama

Lihat Komen
ADS