Kelantan umum cuti tambahan 25 April
Kerajaan Kelantan mengumumkan hari pelepasan am (tambahan) bagi negeri itu pada 25 April.
Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob berkata, ia susulan pengumuman oleh penyimpan mohor besar raja-raja bahawa hari raya Aidilfitri bersamaan 1 Syawal jatuh pada 22 April.
“Penyimpan mohor besar raja-raja telah mengumum bahawa hari raya Aidifitri jatuh pada hari Sabtu 22 April.
“Kerajaan negeri bersetuju mengisytiharkan hari Selasa, 25 April sebagai hari pelepasan am (cuti peristiwa) bagi negeri Kelantan sempena hari raya Aidilfitri,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Selasa lalu, mengumumkan kerajaan persekutuan telah mengisytiharkan sama ada hari Jumaat (21 April) atau Isnin sebagai hari kelepasan am tambahan bergantung pada tarikh 1 Syawal bermula.
Sebagai rekod cuti hari minggu bagi Kelantan adalah hari Jumaat dan Sabtu.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2019/10/907fef7ac4e8bd5f5678a9b8fb38046a.jpg)
