Beri k'jaan masa laksanakan reformasi - PM
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggesa kumpulan hak asasi manusia Suaram supaya lebih objektif dalam mengkritik pentadbirannya berhubung pelaksanaan reformasi dan dasar di negara ini.
Anwar mengulangi komitmen kerajaan untuk melindungi hak asasi manusia dan menggesa Suaram untuk "memberi masa kepada kerajaan" serta menantikan sidang parlimen seterusnya untuk reformasi.
“Kita berurusan dengan rakyat. Kita telah melihat kesilapan dengan (cubaan meratifikasi) ICERD (Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum),” kata Anwar kepada pemberita hari ini.
Dia berkata demikian selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamiul Ehsan di Sungai Buloh, Selangor.
Turut hadir Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, Ahli Parlimen Sungai Buloh R Ramanan and Ketua Bahagian PKR Ampang Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau Altimet.
Semalam, Suaram berkata bahawa Anwar akan menjadi perdana menteri paling teruk jika gagal melaksanakan reformasi yang dijanjikan Pakatan Harapan selama ini.
Pada 2018, kerajaan Pakatan Harapan ketika itu menarik balik keputusan untuk meratifikasi ICERD berikutan beberapa bantahan.
Memetik ICERD sebagai "kesilapan politik", Anwar menasihatkan Suaram supaya belajar daripada pengalaman dan tidak mudah menghakimi langkah kerajaan dalam melaksanakan reformasi.
“Untuk membuat penghakiman secara tergesa-gesa, saya rasa tidak bijak bagi mereka (Suaram).
“Dalam isu ICERD, ia bukan kerana undang-undang itu semata-mata. Tetapi keangkuhan kuasa dengan menganggap semua orang mesti menyokong kita tanpa mengambil percubaan serius untuk menjelaskan kepada orang ramai," katanya.
Pengerusi Pakatan Harapan itu menegaskan kerajaan telah mengambil langkah dan melihat kepada pembaharuan institusi dan perundangan berkaitan hak asasi manusia.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/04/052583643db5284f6ab32f78a89b8922.jpg)
