Bekas Adun saran vaksin Covid-19 tamat tempoh ditukar dengan dos baru
Bekas Adun Skudai, Dr Boo Cheng Hau mencadangkan kerajaan berunding dengan syarikat farmaseutikal untuk menukarkan stok vaksin Covid-19 yang telah tamat tempoh dengan vaksin terbaru pada harga pembelian yang lebih rendah.
Katanya adalah tidak beretika untuk menggunakan hampir 2.8 juta dos tamat tempoh yang boleh menyebabkan bahaya kepada penerima, selain tidak berkesan terhadap varian baru Covid-19.
"Di tengah-tengah penyebaran varian virus Covid-19 seperti Acturus dan varian lain yang mungkin menjadikan vaksin generasi pertama tidak berkesan atau kurang berkesan, Kementerian Kesihatan perlu memperoleh vaksin generasi kedua terbaru, yang bersifat bivalen atau multivalen, untuk memberikan perlindungan terhadap pelbagai jenis virus.
“Kementerian Kesihatan boleh berunding dengan syarikat farmaseutikal untuk menukar stok vaksin yang luput tempoh dengan mendapatkan harga belian yang lebih rendah untuk vaksin terbaru.
“Syarikat farmaseutikal biasanya akan membenarkan harga pembelian yang lebih rendah mengikut bilangan dos yang ditukarkan dan berdasarkan rasa kemanusiaan dan belas kasihan,” katanya di Facebook.
Bekas Adun Skudai itu menambah kadar ujian positif Covid di Malaysia telah meningkat kepada 15.5 peratus dalam dua minggu lepas ketika musim perayaan, ditambah dengan peningkatan kemasukan ke hospital, pesakitg yang memerlukan bantuan pernasafan dan kemasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
/file/1055/d1bf7f557d8a6a982969cd2f63c6ea28.jpg)
