Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Guan Eng gesa rakyat buat laporan polis ke atas Hadi
Diterbitkan:  May 10, 2023 12:36 PM
Dikemaskini: 4:36 AM

Lim Guan Eng menggesa rakyat Malaysia supaya beramai-ramai membuat laporan polis terhadap Presiden PAS, Abdul Hadi Awang bagi menamatkan “politik pecah belah, pelampau dan perkaumannya”.

Ini kerana kata, Pengerusi DAP itu jenama politik pemimpin PAS teresbut mengancam perpaduan dan integrasi nasional.

“Hadi begitu terdesak untuk mengacau, menggugat kestabilan malah memusnahkan kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, sehinggakan dia terus menyasarkan orang bukan Islam dan bukan Melayu secara terbuka.

Lim Guan Eng

“Hadi kini menyalahkan mereka (bukan Melayu) sebagai kumpulan perompak terbesar, dan pemberi dan penerima rasuah. Ini mengarut sedangkan rasuah tidak mengenali bangsa dan adalah masalah negara yang dihadapi semua bangsa,” katanya dalam satu kenyataan pagi ini.

Menurut Lim, Hadi telah mendedahkan keghairahan PAS untuk berkuasa tanpa mempedulikan dakwaannya yang menghasut dan tidak berasas.

Dia juga menegaskan bahawa kegagalan kerajaan untuk bertindak terhadap presiden PAS pada masa lalu telah menjadikan lebih berani.

“Hadi juga tidak malu untuk mengulangi berkali-kali pembohongan bahawa minoriti memenangi pilihan raya umum 2022 dengan peratusan keluar mengundi lebih tinggi berbanding Melayu, sedangkan peratusan Melayu yang keluar mengundi adalah yang tertinggi daripada semua masyarakat iaitu 79 peratus.

“Bagaimana orang Islam hilang kuasa sedangkan semua jawatan penting dalam negara dipegang oleh orang Melayu dan orang Islam? Malah dalam kabinet yang mempunyai 28 anggota, hanya ada sembilan menteri bukan Islam. Dan daripada 148 ahli parlimen kerajaan perpaduan, 77 adalah beragama Islam iaitu lebih berbanding 72 ahli parlimen Islam dalam Perikatan Nasional,” tambahnya.

Sambil menyifatkan Hadi dan PAS sebagai “ancaman yang jelas dan nyata kepada wawasan Malaysia milik semua", pemimpin DAP itu berkata provokasi sedemikian tidak boleh diabaikan.

“Dalam cita-cita Hadi yang buta untuk menyatukan orang Melayu di bawahnya, Hadi telah memaparkan dirinya bersedia untuk mengkhianati dan mengorbankan hak asasi perlembagaan orang bukan Islam dan bukan Melayu.

“Kegagalan untuk menentang percubaan berbahaya ini untuk mensabotaj, menjejaskan dan menggantikan kerajaan perpaduan yang telah memenangi undi percaya di Parlimen adalah sama dengan tidak menghormati Raja dan Parlimen,” tambahnya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS