Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Pencawang TNB terbakar, pusat beli-belah Midvalley ditutup
Diterbitkan:  May 17, 2023 11:20 AM
Dikemaskini: 4:18 AM

Susulan kebakaran di sebuah pencawang elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di pusat membeli-belah Mid Valley di ibu negara, pagi tadi, syarikat pengurusannya memaklumkan bahawa pusat itu akan ditutup sehingga diberitahu kelak.

Dalam satu kenyataan media, pihak pengurusan Mid Valley City yang mengesahkan bahawa tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran itu.

Menurut syarikat itu, kebakaran dilaporkan di pencawang luar TNB luar, di Mid Valley City, dan kemudiannya berjaya dikawal oleh pasukan tindakan kecemasan dan pasukan Bomba dan Penyelamat.

“Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia kini berada di tempat kejadian menjalankan semua siasatan yang diperlukan dan mengawal premis daripada sebarang gangguan lanjut terhadap operasi pusat membeli-belah.

“Dalam mengutamakan keselamatan semua, gangguan sementara kepada bekalan kuasa akan dilaksanakan sehingga pihak berkuasa memberi kelulusan supaya ia dipulihkan semula.

“Mid Valley City akan ditutup sehingga diberitahu kelak. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan ingin menegaskan bahawa keselamatan pembeli dan tetamu adalah menjadi keutamaan kami,” kata syarikat itu.

Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan sebuah pencawang elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di pusat beli-belah Mid Valley di ibu negara sedang terbakar.

Beberapa video tular di media sosial yang menunjukkan kepulan asap hitam keluar daripada bangunan itu.

Pusat Kawalan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (KLCCC) dalam ciapannya di Twitter memaklumkan bahawa dua lorong jalan bersebelahan tempat kejadian terpaksa ditutup kepada lalu lintas atas sebab keselamatan.

Polis juga dilaporkan berada di situ untuk mengawal aliran trafik.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur (JBPM) dalam satu kenyataan mengesahkan kebakaran telah berlaku di pusat beli-belah itu.

"Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi, api marak keluar dari pencawang tersebut dan orang ramai yang melalui Lebuh Raya Persekutuan yang terletak berhampiran pusat beli belah itu boleh nampak kejadian itu.

"Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur memaklumkan pihaknya sudah dimaklumkan mengenai kebakaran itu dan usaha-usaha pemadaman giat dilakukan," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS