Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kalimah Allah: K'jaan nak pinda akta agar tiada kes dibawa ke mahkamah

PARLIMEN | Perdana Menteri hari ini berkata kerajaan sedang mengkaji untuk meminda atau membatalkan semua undang-undang yang bercanggah dengan keputusan Majlis Raja-Raja Melayu berhubung penggunaan kalimah Allah.

Menurut Anwar Ibrahim antara langkah itu ialah bagi membolehkan kalimah Allah hanya digunakan oleh orang Islam di Semenanjung Malaysia, manakala untuk bukan Islam di Sabah dan Sarawak diberikan sekatan.

Menafikan tindakan menarik balik rayuan kes mahkamah baru-baru ini sebagai suatu kelemahan, Anwar berkata langkah berkenaan adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memastikan ia tidak boleh dipertikaikan lagi di mana-mana mahkamah.

Katanya keputusan tersebut dibuat atas pandangan diberikan Peguam Negara Idrus Harun.

"Kalau tidak, kita buat rayuan (kemudian) kes berbangkit lagi kerana ada percanggahan (dalam undang-undang).

"Sebab itu kerajaan tamatkan dengan pinda semua peraturan (berkaitan) supaya jelas dan tidak ada kes boleh dibawa ke mahkamah.

"Bagi saya, ini lebih jelas ada kekuatan... (justeru) apa yang lemah?

Pertikaian di antara pihak kerajaan dan pembangkang mengenai isu penggunaan kalimah Allah merujuk kepada kes dibawa penganut Kristian dari Sarawak, Jill Ireland, pada 2021.

Ia dirujuk ke mahkamah selepas pihak berkuasa merampas sejumlah cakera padat milik wanita terbabit sewaktu dia tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur pada 11 Mei 2008.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Nor Bee Ariffin pada 10 Mac 2021 memutuskan kerajaan melakukan kesilapan semasa mengeluarkan larangan penggunaan kalimah "Allah" kepada masyarakat bukan Islam pada 1986.


Baca Keputusan kes Jill Ireland


Anwar berkata demikian menjawab soalan tambahan dikemukakan Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) yang menggesa kerajaan mewajarkan keputusan untuk menarik balik rayuan dalam kes Jil.

Terdahulu Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) membangkitkan pertanyaan asal mengenai adakah kerajaan mendapat perkenan Majlis Raja-Raja Melayu dan berunding dengan majlis agama Islam negeri-negeri sebelum membuat keputusan sedemikian.

Semasa membangkitkan soalan tambahannya, Takiyuddin memetik nota pda 1986 daripada timbalan perdana menteri ketika itu Ghafar Baba kepada Dr Mahathir Mohamad yang merupakan perdana menteri.

Nota itu akhirnya membawa kepada Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan arahan melarang orang bukan Islam menggunakan empat perkataan khusus termasuk "Allah".

Katanya nota itu adalah satu daripada tiga dokumen yang disebut dalam alasan penghakiman kes Jil, manakala dua lagi ialah surat Mahathir - bertarikh 19 Mei 1986 - kepada ketua setiausaha KDN ketika itu, dan pekeliling KDN bertarikh 5 Dis 1986.

“Seperti yang kita tahu, keputusan 1986 tidak pernah dipinda oleh kerajaan BN atau kerajaan PN, dan hanya kerajaan perpaduan sekarang mendesak pindaan untuk menjelaskan keadaan ini,” kata Anwar.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS