Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Noraini kembali ke PAC, kali ini sebagai ahli biasa
Diterbitkan:  May 24, 2023 1:14 PM
Dikemaskini: 5:31 AM

Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) dilantik semula sebagai anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang pernah dipengerusikannya pada tahun 2019 dan 2020.

Dia antara 12 anggota yang dilantik oleh parlimen semalam.

"Kehadiran Datuk Seri Noraini sebagai ahli PAC Parlimen ke-15 adalah suatu sejarah buat PAC sendiri kerana beliau pernah berkhidmat sebagai Pengerusi PAC daripada April 2019 hingga Mac 2020," kata Pengerusi PAC Mas Ermieyati Samsudin.

Bekas timbalan menteri Sim Tze Tzin and Ali Biju turut dilantik sebagai anggota jawatankuasa itu. Noraini sebelum ini pernah berkhidmat sebagai menjadi menteri.

Mas Ermieyati berkata  kesemua ahli yang dipilih mempunyai latar belakang profesional seperti doktor, peguam dan jurutera serta kelayakan akademik dalam bidang pengurusan, media dan kewangan.

Katanya pelantikan itu membuktikan bahawa kedudukan dan kewibawaan PAC sentiasa dipandang tinggi dalam kalangan anggota parlimen.

Mas Ermieyati berkata PAC juga berperanan sebagai mekanisme semak dan imbang, terutamanya membabitkan dasar kewangan dan perolehan serta tadbir urus kerajaan.

Lihat Komen
ADS