Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Rafizi nafi PKR tawar PAS sertai kerajaan perpaduan

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli menafikan dakwaan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa PKR ada menawarkan parti itu untuk menyertai Kerajaan Perpaduan.

Sebaliknya, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata pihaknya juga tidak tahu bagaimana dakwaan itu timbul sedangkan beliau terlibat secara langsung dalam pembentukan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lepas.

"Saya tak pernah dengar (dakwaan PAS ditawarkan masuk Kerajaan Perpaduan) (sedangkan) saya adalah antara tiga individu dalam PKR yang banyak merundingkan pembentukan Kerajaan Perpaduan selain (Presiden PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan (Setiausaha Agung PKR) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

“Saya tidak tahu ini cerita zaman bila tapi saya boleh bagi tahu, sepanjang saya terlibat dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan, saya tidak tahu langsung tentang perkara ini (tawaran), kecualilah ada sesiapa yang lain (yang buat tawaran)," katanya kepada pemberita di Iskandar Puteri hari ini.

Rafizi yang juga Menteri Ekonomi berkata demikian selepas menghadiri sesi libat urus Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 2021-2025 di Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, di Iskandar Puteri hari ini.

Semalam, Abdul Hadi dipetik sebagai berkata pernah dihubungi beberapa kali oleh “orang tertentu” yang didakwa menawarkan PAS menyertai Kerajaan Perpaduan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS