Ketika Barisan Nasional (BN) sedang tercari-cari jawapan mengapa pegundi Cina di Ijok beralih kepada pembangkang, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang percaya beliau mempunyai jawapannya.

Katanya, pengundi Cina di Ijok tidak yakin bahawa pentadbiran sekarang telah memberi layanan saksama kepada mereka sebagai rakyat Malaysia.

Berdasarkan kepada keputusan di pusat pengundian Pekan Ijok Sabtu lalu, penganalisa politik menganggarkan jumlah undi kaum Cina yang beralih kepada pembangkang mencecah sehingga 20 peratus.

Begitu juga dengan dua lagi pusat pengundian di Batang Berjuntai di mana dianggarkan sejumlah besar undi kaum Cina menyokong pembangkang.

Dalam pilihanraya kecik Ijok Sabtu lalu, calon Barisan Nasional, K Parthiban menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Sri Khalid Ibrahim dengan majoriti 1,850 undid di tengah-tengah dakwaan berlakunya penyelewengan dan kewujudan pengundi hantu.

Semalam, Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta jawapan terhadap tanggapan bahawa pengundi Cina beralih menyokong pembangkang khususnya dari parti komponen BN MCA and Gerakan.

Tidak yakin

Lim berkata, sejumlah besar pengundi Cina di Ijok menyokong pembangkang kerana mereka tidak yakin bahawa mereka diberi layanan yang saksama di Malaysia.

"Bolehkah Abdullah mengharapkan pemimpin MCA dan Gerakan memberitahu perkara sebenarnya kepada beliau, sedangkan mereka selah ini telah menyembunyikan kebenarannya daripada pemimpin Umno bagi menjamin survival mereka dalam BN?" soal Lim.

Menurutnya, 'amat malang sekali' jika BN tidak bersedia untuk mengkaji semula dasar-dasar pembangunan membabitkan kaum Melayu dan India di Ijok semata-mata kerana berdasarkan kepada sokongan mereka.

Dalam pilihanraya kecil Ijok Sabtu lalu, BN memperolehi semula tidak banyak undi Melayu yang beralih kepada pembangkang pada 2004, tetapi berjaya mendapatkan sokongan padu daripada masyarakat India.

Begitu juga dengan pilihanraya kecil Machap awal bulan lalu yang turut menyaksikan lima peratus undi Cina beralih kepada pembangkang.

Semalam, Presiden MCA, Datuk Seri Ong KA Ting dilaporkan mengakui bahawa pengundi Cina di Ijok berubah sokongan kerana mereka tidak berpuas hati dengan rekod perkhidmatan wakil rakyat sebelum ini serta beberapa isu sensitif di peringkat nasional.

Beralih sokongan

Walaupun majoriti undi yang diperoleh BN bertambah berbanding pilihanraya umum 2004, sokongan kaum Cina kepada BN dikatakan merosot sebanyak kira-kira 10 peratus.

Menurut Ong berkata, berdasarkan analisis pengundi Cina di Ijok, di kawasan tertentu undi Cina memang telah beralih menyokong Pembangkang". Contohnya,di pekan Ijok, BN hanya menang dengan majoriti 21 undi.

"Di Kampung Ijok, bersebelahan pekan Ijok, kita kalah 116 undi. Saya fikir di kawasan tertentu, perubahan sokongan itu tidak begitu besar. Secara keseluruhan, BN masih mendapat sokongan pengundi Cina, terutama di kampung-kampung baru Cina," katanya selepas menghadiri sambutan Hari Wesak di kuil Kwan Inn Teng di Petaling Jaya semalam.

Di Batang Berjuntai Selatan dan Utara dua kawasan yang pengundi Cina dominan Ong berkata BN masih memperoleh kira-kira 500 undi daripada pengundi Cina.

"Semasa kempen, mereka (pengundi Cina di Ijok) ada bertanya kami kenapa baru sekarang kamu hendak lakukan itu dan ini, kenapa tidak sebelum ini", katanya.

Ong berkata, mereka tidak berpuas hati dengan kenyataan "beberapa pemimpin tertentu yang dianggap telah melukakan hati dan perasaan orang lain". Berita asal