Setiausaha politik PM saran PKR dibubarkan
Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Osman Desa menyarankan agar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dibubarkan dan orang Melayu yang menganggotai parti itu kembali ke pangkuan Umno.
Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Osman Desa menyarankan agar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dibubarkan dan orang Melayu yang menganggotai parti itu kembali ke pangkuan Umno.
Katanya, ini kerana pendekatan kempen PKR secara ganas dalam pilihanraya kecil Ijok ditolak rakyat.
Beliau membuat saranan itu selepas merasmikan mesyuarat agung berkelompok cawangan Umno Bahagian Sekijang di Muar, Johor, demikian menurut laporan Bernama.
Katanya, kempen secara ganas bukan sahaja bercanggah dengan ajaran Islam, malah bertentangan dengan budaya orang Melayu.
"Orang Melayu tidak dapat menerima budaya samseng dan tindakan ganas pembangkang semasa kempen di Ijok yang jelas telah merendahkan imej pemimpin mereka sendiri.
"Saya sarankan agar Keadilan dibubarkan dan orang Melayu yang menganggotai parti itu kembali sahaja ke pangkuan Umno," katanya.
Osman berkata Umno dan parti komponen Barisan Nasional sentiasa mengamalkan pendekatan mesra, hormat-menghormati serta mengamalkan sikap "mengasuh rakyat, bukan mencari musuh".

