Saham syarikat pengendali telefon mudahalih, Maxis Communications melonjak RM2 kepada RM15.40 apabila urusniaganya disambung semula pagi ini.

Para pelabur segera menyambar saham itu selepas Binariang GSM Sdnl Bhd - syarikat yang dikuasai oleh bilionair Tan Sri T Ananda Krishnan - menawar untuk membeli saham-saham Maxis.

Semalam, Binariang GSM mengeluarkan notis tawaran pengambilalihan bersyarat bagi memiliki keseluruhan 2.56 bilion saham Maxis pada harga RM15.60 setiap satu.

Ini menjadikan janjiniaga penswastaan bernilai RM39.9 bilion itu satu urusniaga korporat terbesar sekali di Malaysia dan satu daripada pemilikan keseluruhan terbesar di Asia Pasifik, demikian menurut laporan Bernama.

Pada jam 10.25 pagi, saham Maxis terus kekal tinggi, meningkat RM2.20 kepada RM15.20.