Saham Astro jatuh lepas umum semakan semula yuran langganan
Saham Astro All Asia Networks Plc (ASTRO) jatuh 0.96 peratus selepas pengendali televisyen pelbagai saluran itu mengumumkan bahawa yuran langganan bulanannya telah dikaji semua beriutan kos penyusunan rancangan yang kian meningkat.

Astro ditutup lima sen lebih rendah kepada RM5.15 selepas diniagakan pada paras tertinggi harian RM5.20. Sejumlah 3.820 juta saham diurusniagakan, demikian menurut laporan Bernama.
Syarikat itu hari ini mengumumkan bahawa bergantung kepada pakej, kajian semula harga itu akan berada di antara RM5 dan RM15 berkuat kuasa serta merta bagi pelanggan-pelanggan baru dan dari bulan depan bagi pelanggan-pelanggan sedia ada.
Menurut ketua pegawai eksekutif Astro Rohana Rozhan, berkuatkuasa bulan depan, para pelanggan akan juga melihat pakej asas tahap kemasukan lebih rendah perkhidmatan televisyen berbayar itu pada RM37.95, turun daripada paras semasa RM49.95.
Astro adalah pengendali utama media silang rantau ini dengan perkhidmatan televisyen satelit terus ke rumah (DTH).
Di samping Malaysia dan Brunei, ia juga akan menawarkan perkhidmatannya di Indonesia tidak lama lagi.