Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PRN: PAS Kelantan pertahan semula 37 kerusi, Bersatu dapat 8
Diterbitkan:  Jun 13, 2023 4:09 PM
Dikemaskini: 8:09 AM

PAS dan Bersatu Kelantan dilapor sudah memuktamadkan persefahaman antara mereka berhubung pembahagian kerusi menjelang pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.

Bahkan menurut PAS negeri, pembahagian kerusi itu sebenarnya sudah selesai "sejak awal lagi" namun hanya diumumkan baru-baru ini.

Setiausaha PAS Kelantan Wan Roslan Wan Hamat berkata pihaknya akan mengekalkan kerusi yang dimenangi mereka sebelum ini, manakala kerusi yang dimenangi Umno akan diserahkan kepada Bersatu untuk cuba direbut parti itu.

“Keputusan itu telah mencapai kata sepakat melalui perbincangan sejak awal lagi, dan PAS (bertanding) sebanyak 37 kerusi, manakala selebihnya bagi kawasan yang dimenangi Umno asasnya diberikan kepada Bersatu untuk menghadapi PRN tidak lama lagi," katanya dipetik portal rasmi parti itu, harakahdaily.

Secara keseluruhan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan mempunyai 45 kerusi. Dalam PRU ke-14 yang diadakan pada 9 Mei 2018, PAS memenangi 37 daripadanya dan lapan lagi oleh Umno-BN.

Untuk rekod ketika itu pertandingan membabitkan tiga penjuru. PAS bergerak secara sendiri dan berdepan dengan Umno-BN serta PH yang turut dianggotai Bersatu.

Bagaimanapun ketika ini PAS dan Bersatu sudah menjalin kerjasama membentuk parti baru, PN.

Wan Roslan berkata PAS yakin dapat mempertahankan semua kerusi yang dimenanginya sebelum ini.

"Lagi pun hubungan kita (PAS) dengan Bersatu amat baik,” katanya.

Lihat Komen
ADS