Acryl Sani akhiri tugas Ketua Polis Negara Julai ini
Acryl Sani Abdullah Sani bakal mengakhiri tugasnya sebagai ketua polis negara pada awal Julai, iaitu lebih awal dari yang tarikh yang dijadualkan dalam kontraknya yang tamat pada 3 Okt.
Dia memberitahu Berita Harian bahawa dia terpaksa berundur lebih awal kerana perlu menerima tawaran kerja lain.
"Ya benar, saya akan berundur dari pasukan PDRM pada minggu pertama Julai ini.
"Keputusan ini dibuat disebabkan ada tawaran di luar sana (luar pasukan PDRM) yang perlu saya terima pada masa ini," katanya

Berita Harian, berdasarkan maklumat sumber, melaporkan bahawa Acryl bakal dilantik menerajui sebuah syarikat perbankan milik kerajaan dalam masa terdekat.
Akhbar itu juga berkata keputusan Acryl bersara lebih awal ini dapat dilihat apabila juruiring rasminya (ADC) sebelum ini dilantik sebagai timbalan ketua polis daerah Brickfields.
Setakat ini Putrajaya belum menamakan nama bakal pengganti Acryl Sani.
Acryl Sani bakal berusia 62 tahun pada 3 Ok manakala timbalannya sekarang Razarudin Husain berumur 60 tahun.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2021/05/c0edebbac7f900d9ec6fa3aee7c3390f.jpg)
