PM jemput warga Negeri Sembilan sertai sesi Temu Anwar
Diterbitkan: Jun 22, 2023 2:48 PM
Perdana Menteri menjemput warga Negeri Sembilan untuk ikut serta dalam sesi Temu Anwar pada Sabtu ini (24 Jun) di Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Nilai.
Anwar Ibrahim menerusi ciapan di Twitter hari ini berkata pendaftaran boleh dibuat menerusi laman web temuanwar.com.
“Saya menantikan soalan dan pendapat semua pihak dalam sesi santai dan penuh harmoni, bagi meraikan perbezaan serta pandangan.
“Kita jumpa Sabtu ini!” kata Anwar.
Berdasarkan poster yang dikongsi menerusi catatan itu, sesi Temu Anwar akan berlangsung pada jam 1.30 tengah hari di Dewan Tuanku Canselor Usim.
- Bernama
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/05/b62af2cb40292cb5b6db1bcf4ce75e10.jpg)
