Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Muda mahu kerjasama dengan PSM dalam p’raya negeri

Ikatan Demokrasi Malaysia (Muda) pimpinan Syed Saddiq Abdul Rahman mahu bertemu dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) bagi membincangkan kemungkinan kerjasama dalam pilihan raya negeri tidak lama lagi.

Syed Saddiq berkata walaupun tarikh pertemuan belum ditetapkan, kedua-dua pihak telah pun berbincang untuk satu tempoh tertentu.

“Belum ada yang pasti. “Tetapi ada banyak persamaan berbanding perbezaan (antara Muda dan PSM),” kata anggota parlimen Muar.

Muda, salah sebuah parti pendukung kerajaan. semalam mengumumkan akan bertanding di kesemua enam negeri dalam pilihan raya negeri tidak lama lagi.

Keputusan itu berpotensi memecahkah undi parti-parti kerajaan dan memberikan kelebihan kepada Pakatan Nasional (PN).

Muda mendakwa mereka dipinggirkan oleh Pakatan Harapan (PH), parti tunjang dalam gabungan kerajaan.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat parti di Petaling Jaya hari ini, Syed Saddiq  berkata mereka akan meneliti kerjasama bentuk apa boleh dibuat bersama parti itu.

Lihat Komen
ADS